Assalamualaikum w.r.b.t..
Rasanya belum terlambat lagi untuk nana ucapkan setinggi-tinggi tahniah buat skuad Harimau Muda yang menentang pasukan Garuda Muda, Indonesia semalam dalam Sukan Sea -26. Sekalung tahniah juga buat coach, Ong Kim Swee atas kerja keras selama ini berbaloi dengan membawa pulang pingat emas buat negara tercinta.
Apa2 pun, pada nana 'hero' dalam perlawanan malam tadi adalah Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) dan nana rasa ramai yang bersetuju dengan nana. Personally, nana rasa permainan skuad negara kita agak slow sorry to say,ni pendapat nana tau dan barisan pertahanan jugak agak lambat untuk turun bila barisan penyerang Indonesia menyerang pintu gol. Namun dengan kehandalan dan kecekapan penjaga gol kita iaitu Apek, banyak gol yang cuba dibuat oleh pihak lawan telah diselamatkan oleh KFCM.
Esok malam ada satu lagi perlawanan Malaysia vs Syria di Stadium Bukit Jalil. Marilah kita seluruh rakyat Malaysia sama-sama mendoakan agar negara kita mencapai satu lagi kejayaan. Perasan atau tidak, kerana sukan bolasepak dan semangat kenegaraan kita semakin kuat, Malaysia kini menjadi 1. Di kedai-kedai mamak mahupun di stadium, semua rakyat Malaysia berkumpul tanpa mengira kaum, bangsa dan agama dengan tujuan yang satu iaitu menyokong negara kita, Malaysia. Go Harimau Malaya!! AAUUUMM!!
Khairul Fahmi Che Mat
gambar dari fb dan dari blog address dlm gambar,tuan blog mohon share ye :)
0 comments:
Post a Comment