Assalamualaikum w.r.b.t..
Tengok tajuk je pun dah tau nak cerita pasal apa kan? :)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi nana selamat diijabkabulkan dengan suami tercinta, Mohd Supian Mustapa di Masjid Taman Medan Jaya, Rusila pada 12 November 2011. Segala-galanya berjalan lancar alhamdulillah.
Pukul 9.30 pagi semua (pihak lelaki & perempuan) sudah bersiap sedia di masjid bagi mengelakkan kelewatan. Sampai je Tok kadi, semua sudah bersedia dan alhamdulillah berjalan lancar. Gugup jugak, memula tok kadi panggil nana datang kat dia sekali dengan abah. Masa ni tok kadi mintak nana ikut apa yang dibaca iaitu memberi kebenaran kepada abah nana selaku wali bagi melangsungkan majlis pernikahan ini. Dan kemudian abah memberi kebenaran kepada tok kadi untuk mewakili abah untuk menikahkan kami.
Dengan sekali lafaz, nana selamat diijabkabulkan.. alhamdulillah...
Nana menangis masa menunggu untuk tok kadi cakap tu...huhu berdebar,takut,semua bercampur..menitiskan air mata jugak la..sebak kot..huhu lepas tu semua balik ke rumah nana (rumah nana depan masjid je) untuk majlis batal air sembahyang..
Layan gambar ye :)
lepas siap mekap, posing dulu kat mini pelamin :) hihi
pengantin lelaki dah sampai di Masjid
muka berdebar, tapi tetap senyummm...
antara yang hadir, tapi ada lagi di sebalik tirai kt tepi tu
saat untuk diijabkabulkan :)
senyummm...
antara rakan yang hadir, thanks kengkawan
menyarungkan cincin ke jari suami
heheh time ni ramai benor yang mengusik..
Begitulah sekitar majlis akad nikah...nanti nana upload gambar majlis persandingan pulak ye :)
Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada yang hadir, terutama kepada saudara-mara dan kawan-kawan yang datang dari jauh untuk sama- sama meraikan majlis nana & pian.
Alhamdulillah... Tumpang gembira...
ReplyDeletetahniah beb... nnt nak singgah menara kasi tau awal, bleh bawak hadiah korang. hehehe
ReplyDeletebetul ni tau
thanks zyash & kak ina..aish betul ke ni??malu laa..hehe
ReplyDeletetahniah awk..hehe..bnyk kali dh ucap tahniah..semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..amin..
ReplyDeletetahniah Nana & Pian
ReplyDeletetahniah ye.. :))
ReplyDeletethanks suriati, fie & aqilah :)
ReplyDeletekaknana tahniahh hee semoga kekal smpai akhir hayat.sya da wish kat fb tp nak jugak wish kat sini sbb happy je tgk pic kaknana and abg pian.hope dpt anak cepatt hehehe :)
ReplyDeletehehehe,boleh je sya...thanks tau di atas doa dan ucapan :)
ReplyDelete